Sila Klik Iklan Yer...

Contest dan Infomasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Wednesday 13 April 2011

Video SEKS Anwar Ibrahim PKR Tersebar Meluas Di Internet

Sebahagian daripada klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di Internet.

Malaysiakini difahamkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengahari.
Semakan Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai "VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam."

Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.

Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.

Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T' mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Sumber : Mr. Google.Com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP