Sila Klik Iklan Yer...

Contest dan Infomasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Sunday 13 February 2011

Pusat PELACURAN Di Sekitar Kelantan

*Liza, pelacur di Kg Limau Manis, Jalan Hamzah boleh dihubungi menerusi seorang lelaki bernama Jai di 014 811 9203

      Artikel mengenai masalah sosial di kelantan, sedikit sebanyak menimbulkan salah tafsiran dengan apa yang kami cuba sampaikan. Jadi, kali ini, kami akan merungkai dengan lebih teliti tentang apa yang kami cuba utarakan mengenai artikel dahulu.
      Sebelum itu, bagi pembaca berita semasa, anda boleh belek semula manifesto-manifesto,makalah dan terbitan-terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan dan mereka telah mengaku berjaya mempertingkatkan syariat Islam seperti termaktub dalam manifesto mereka seperti di bawah,
·         - Pengharaman judi dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1992.
·         - Menutup kelab-kelab malam.
·         - Menghapus kegiatan pelacuran.
·         - Menguatkuasakan etika pakaian Islam sebagai syarat pengeluaran lesen oleh PBT.
·         - Pengasingan kaunter bayaran lelaki dan perempuan.
·         - Menutup pusat hiburan snooker dan billiard.
· --Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai Islam.

      Apa yang kami ingin sampaikan di sini, bukanlah untuk membuka pekung atau membuka peluang untuk menabur fitnah.Namun niat kami hanyalah untuk membuka mata masyarakat, khususnya rakyat negeri Kelantan di Kota Bharu, agar mencari jalan dalam menyelesaikan masalah ini yang nampaknya semakin berleluasa.

      Kalau ahli majlis ataupun adun kawasan tak nak buat penguatkuasaan, anda sebagai seorang ISLAM, perlu mengambil berat akan isu ini. Janganlah kita menunding jari ke negeri atau kawasan lain. Bersihkan apa yang ada di kawasan sendiri dahulu.

      Kelantan dikenali dengan jolokan Negeri Serambi Mekah. Adalah wajar anda sebagai masyarakat, memerangi perkara ini habis-habisan. Sebelum ludah terpalit ke muka sendiri. Ada yang meminta bukti dan sebagainya, dan dalam artikel ini, harapan kami agar selepas ini, pembaca dapat membuat sesuatu bagi membendung aktiviti ini daripada semakin parah.
      Selepas Maghrib, beberapa perempuan bertudung akan berada di sini. Hampiri mereka dan anda akan dibawa ke rumah pelacuran di Kg Limau Manis untuk aktiviti seks.
      Lorong menuju ke Kg Limau Manis, dalam 100 meter dari jalan utama Taman Limau Manis. Beberapa orang bapa ayam dan pelacur akan berdiri di sini pada waktu malam berhadapan dengan beberapa barisan rumah di perumahan itu. 
      Bahagian belakang salah sebuah premis pelacuran.

      Aktiviti harian di siang hari. Kiri dan kanan adalah bangunan yang digunakan untuk pelanggan melepaskan nafsu mereka.

      Di hadapan lorong masuk ke sarang pelacuran. Dua Pelacur sedang berdiri. Lihat Hotel Tune di belakang. Pelacur juga menyarankan sewaan dibilik hotel itu bagi pelanggan yang mahukan keselesaan.
      Pusat pelacuran di Kampung Limau Manis ini tidak lebih 100 meter dari kediaman Taman Limau Manis.Serta tidak lebih 500 meter dari Kompleks SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan.Mustahil  penduduk di situ tidak menyedari aktiviti yang sudah berlarutan sekian lama ini.
      Pihak berkuasa, tak kira apa parti politik, perlu mengambil tindakan serius dalam mengatasi masalah ini. Masalah ini bukan masalah membabitkan politik.Ketepikan ia buat sementara waktu.Masalah ini adalah masalah sesama saudara ISLAM yang perlu dibanteras. Kami percaya sekiranya kesemua pihak dan masyarakat dapat berganding bahu, masalah ini boleh diselesaikan.

----> Apa pendapat korang tentang Negeri Serambi Mekah ini? Sebarang makluman cadangan / komen sila luah kat ruangan bawah...



Salinan dari - Mr. Googles

31 comments:

Liyana Izzati 13 February 2011 at 23:38  

betul ke ni???
macam tak percaya pulak.
malulah saya pon orang kelantan jugak.

Mohamadazhan.com 13 February 2011 at 23:43  

haihs! budak2 sekarang masalah....

Hakim Zailan 13 February 2011 at 23:45  

bukan salah pemimpin...salah pelaku tu..kerajaan dah berusaha..

hazari. 14 February 2011 at 00:39  

setiap yang baik, ade la yg x baik. tapi taman limau manis nih kat mne.. tak pnah denga la pulak.

Jumir 14 February 2011 at 02:05  

Hmmm......memeranjatkan...!

Res2 Supply 14 February 2011 at 05:11  

moga usaha membenterasnya dpt dilakukan dgn segera.

sarah mohamad 14 February 2011 at 05:26  

saya orang kelantan jugak.tapi tak penah dengar pun nama kg limau manis ni . rasanya pendalaman kot .

rynas 14 February 2011 at 07:04  

masalah pelacuran ada di mana-mana. dibandar2 besar apatah lagi dan sudah biasa seperti mana Kuala Lumpur. Tetapi sekiranya di kampung seperti kg Limau manis ini pelacuran ibarat aktiviti biasa ini adalah perkara luar biasa. Tambahan pula di negeri serambi mekah ini. sewajarnya pihak tertentu mengambil tindakan. Ini bukannya isu politik tetapi adalah masalah sosial sejagat yg harus dibenteras...wallahualam...

Unknown 14 February 2011 at 08:13  

nak buat macamana,nik aziz yg ckp depa x sokong pas,dier kafir.bukankah tuan guru seorang yg berilmu?

Mr.TN_SkY 14 February 2011 at 12:19  

hurm..masyarakat dan kerajaan kena tlg menolong dlm hal ni..ulamak dan umarak juga..jangan trlalu mnyalahakan satu sama lain..sentimen politik menebal..bukan di kelantan sje..di negeri mane2 pun..mende nieh sume ade..kena start amalakn sikap "busy body" balik..

Panas! Valentine Days Vs Maulidur Rasul??

kue 14 February 2011 at 16:25  

kalau wujud sekali p0wn dan diketahui kerajaan kelantan..da mmg kena tangkap da sume tuh..dorng bergerak secara undergr0und bukan semua yg taw wujud nye tmpt pelacuran nih spt kg. limau manis nih..ade kerr, xpernah dengar la pulak???..

n ingat 1 lagi ye di akhir zaman akan wujud 1 golongan yang mempersendakan & menghina ulama' dan menggagungkan pemimpin zalim

♥ ciqqaqa ♥ 14 February 2011 at 21:56  

mak aiii~pic kntroversi.huhu~
klntan pon da cm KL skrg =.=

ILA HonEyBuNNy 15 February 2011 at 19:01  

adusss..rosak2 anak muda kita sekarang...

Anonymous,  16 February 2011 at 08:13  

tak kira la jadi kat mana2 pun, yang mungkar macam ni perlu dibendung.

Peikko Kasvot 16 February 2011 at 19:39  

bagi saya, masalah macam ni ada di mana mana.

seks itu satu 'keperluan' macam makan nasi juga. zina itu memang salah, tapi apa yang saya maksudkan disini, nafsu tu ada dalam setiap umat manusia,

kesimpulan nya, selagi ada manusia, selagi tu lah ada masalah jenayah seks, pelacuran dan sebagainya.

jadi, saya tak terperanjat pun kalau di kelantan ada rumah pelacuran. sebab di mana mana pun ada. :)

P/s: Ini bukan blue film, tapi cult film

Adzrien Shoppe 18 February 2011 at 02:40  

yg buruk mesti di benteras secepatnya.

tricksrex 18 February 2011 at 22:13  

first time baca pasal pelacuran kat kelantan ni..
emm

adilah 19 February 2011 at 07:37  

salam itu dimana ada permintaan adalah penawaran !! Syabas awak..post awak sungguh hebat. Tok Guru patut tahu nie.. Jangan nanti orang kata kuman diseberang nampak, Gajah depan mata tak nampak yer !! syabas 22x

wanacesh 6 March 2011 at 08:43  

wuish,,memg power la sper yg dpt hidu kes ni kt kelate,,anway,,i x salahkan mana2 politik,,kadang2 tpt yg merbahaya tu la yang paling selamat nk buat port ye x,,maklumlah semua org x jangka,,

Lantak p la trafik

Simplemama 7 March 2011 at 00:27  

Saya pun tak pernah dgr nama kg ni..tp ken survey...
jln hamzah mmg tmpat pelacuran sejak dr dulu..ala2 jln hj taib kl..tp skrg ni mcm tak de yg bergerak terang2an..
MPKB dan majlis agama ada buat serbuan tp lepas tu ada balik.biasalah.kat mana2 ada syaitan..sebagai umat Islam kena sentiasa berdoa agar dijauhkan benda2 mcm ni..
baik buruk kena fikir la..

Aceh Software Store 21 March 2011 at 01:39  

kalau benar cakap ko rang report je lah kes macam ni kat pihak berkuasa

Normah Mohd Saat 26 May 2011 at 08:56  

Di mana-manapun ada benda macam ni tapi kebetulan si penulis 'terpilih Kelantan pula, ini boleh jadi isu politik kerana ini negeri pembangkang, boleh jadi tajuk muka depan akhbar ni. Pada saya mana-mana tempatpun kena banteras tambahan kalau ini boleh menjatuhkan maruah orang Islam. Apabila hotel selalu menjadi serbuan penguatkuasa,tak mustahil sarang telah bertukar tempat, susah orang nak perasaan tu. Kalau di Johor pulak masalah 'single mother' dalam kalangan pelajar, zina dah jadi macam makan nasi, tak kan Ghani Osman tak tau!

Anonymous,  17 June 2011 at 13:02  

kg limau manis ni area ne er...nk taw gk......cz xprnh dgr lg stkt ni....

Anonymous,  29 July 2011 at 19:19  

Saya fikir Umno tak begitu susah untuk menangani gejala sosial di Kelantan. Masaalah sebenarnya terletak di tangan kerajaan BN. Masaalah utama sekarang berhubung dg Dadah, Merokok, Merempit, Pergaulan Bebas , Mendedah Aurat, Minum Arak, Tak beriman , Murtad, Tak Solat, Zina, Buang Anak ,Pecah Rumah, Disiplin Pelajar, Juvana, Kedegilan, Derhaka Kepada Ibubapa, Pengangguran , kemiskinan dan Rasuah. Semua ini adalah masaalah sejagat. Masaalah ini berlaku sejak dahulu hingga kiamat. Sebab manusia dijadikan Allah sifat-sifat yang memang cenderung kepada kejahatan jika terdedah atau diberi peluang. Lantaran itu perlunya Pendidikan (Tarbiah). Allahu Rabbul Aalamin, bermaksud Allah pendidik kita,mendidik sekalian alam.Kunci kata Harus dimulakan dari atas oleh pimpinan atau pihak yang boleh menyebarkan pengaruh atau maklumat secara pantas. Cadangan saya begini:
1.PM mesti memperlihatkan jatidiri sebagai seorang muslim yang baik.
2.Datin Seri Hajjah Rosmah sepatutnya memperlihatkan penampilan solihah dengan berpakaian menutup aurat sepenuh iaitu memakai tudung kepala supaya menjadi ikutan muda mudi dan sebagai daya tarikan kepada bukan muslim untuk mendampingi Islam.
3. Datuk Seri Rais Yatim sepatutnya memberi arahan formal atau memberi galakan kepada pembaca Berita yang berugama Islam di RTM supaya memakai tudung kepala.
4.Susun semula program RTM. Terapkan nilai-nilai murni dalam semua saluran RTM. Hindarkan elemen negatif dalam Dokumentri, Filem, Drama ,Filem Animasi Kartun Import yang merusakkan minda anak-anak , pelajaran dan masa depan mereka.
5.Agenda RTM hendaklah kembali di zaman PakLah malah diperhebatkan . Sedar atau tidak TV1 sekarang kurang menayangkan nyayian Nasyid sebagai gantinya nyayian rock berBudaya Dadah. Artis Berambut kusut panjang, menyanyi melompat-lompat katak , berseluar lebih kurang saja , padat singkat berbakat, penyanyi perempuan bermain gitar perwatakan ganas ala mafia penagih dadah.
6.Ini mungkin gara-gara pengarah RTM yang tidak perihatin dengan keperluan umat Islam .Dipercayai kerana bersekongkol dengan product Ling Kok Wing dan Akademi Fantasia yang dikira boleh menyekat rezeki golongan ini.
7. Memanglahlah bila disebut Dadah, ianya sinonim dengan Dunia Hiburan dan Para Artis (Artis Duniawi). Banyak contoh yang tak perlu dihebahkan lagi kerana semua sudah sedia maklum.
8. Perjuangan untuk membasmikan gejala seperti ini harus berpengkalan di RTM, dan IPT oleh cerdik pandai, ketua-ketua jabatan , pengarah, penguasa-penguasa, orang berpengaruh , seterusnya para ibubapa dengan signal Hijau dpd PM.
9.Di zaman awal ABIM mula berkembang pakaian sopan bertudung digerakkan di IPT kemudian menjalar hingga ke peringkat menengah dan rendah secara rasmi. Pelajar dulu hanya berpakaian skirt dan berambut tocang lepas bebas . Perubahan seterusnya mempengaruhi masyarakat awam. Tapi sayangnya tak di semarak dan upgradekan. Contoh lain : Ketua Polis Trafik Malaysia (wanita) dengan anak buahnya.
Lantaran itu pembasmian sumber gejala serta kerenah titik bengik boleh diatasi secara mudah , selesa serta murah melalui contoh dari atas ke bawah seperti aliran sungai dari hulu ke muara.

Orang Kampung,  29 July 2011 at 20:45  

Kg Limau Manis tu berdekatan kampung saya. Keadaan sebenarnya berkaitan dengan dadah. Setahu saya telah beberapa kali dibuat laporan tapi tidak ada tindakan berkesan . Mungkin pihak berwajib sudah kebas mendengar hal yang sama. Yang menjadi masaalahnya penagih di mana-mana pun melakukan tindakan ganjil bersama pasangan rempitnya apabila putus duit terpaksa mencari jalan nekad untuk sekali sekala secara curi dan bermusim. Bagi saya pihak keselamatan harus tampil kehadapan membentras gejala ini di mana-mana.

Anonymous,  8 August 2011 at 11:39  

kat mana tempat ni? aku cari kat jln hamzah xde pn pelacur...

Anonymous,  18 January 2012 at 21:44  

@~hAKim ZaiLAn~Ha tau takpe.Kalau bawah pimpinan BN kow2 mengeji pemimpin.

Ckp pemimpin kafir la itu lah ini lah pung pang ping pung.Kena kat atas kepala sendiri tau pulak ckp " Ini salah pelaku"

tahpape tah org yg taksub dengan pemimpin dan politk

Anonymous,  3 April 2014 at 07:35  

Mereka melacur untuk menyara diri dan anak-anak mereka. Siapa yang memberi mereka makan kalau mereka tidak buat kerja itu ?

Anonymous,  17 May 2015 at 06:48  

Contoh: kalau kau ni seorang pelacur @ pelangan pelacur. Kalau hudud di laksakan di kelantan... kau nak ke buat kerja tu... kalau aku la x sanggut... baik aku kawin ... pahala pun dapat... Sebab tu Tok Guru Nik Aziz nak jalankan Hudud... Untuk Membenterasaskan kejala macam ni la... Tengok Brunei, ok je jalankan hudud...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP