Sila Klik Iklan Yer...

Contest dan Infomasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Tuesday 15 June 2010

Yuna - Demi Mengejar Impian


Yuna sedia berjauhan dengan keluarga untuk mengembangkan bakat seninya

BUKAN mudah terbang beribu kilometer meninggalkan keluarga, sahabat handai dan peminat, namun demi mengejar cita-cita mahu muziknya merentas arena antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna sanggup mengorbankan perasaannya semata-mata mahu impian yang dipendam sejak sekian lama terlaksana.

Orang tuanya tidak membantah, malahan mereka adalah orang paling kuat memberikan banyak sokongan dan sanggup berkorban melepaskan satu-satunya permata kesayangan demi melihat puteri tunggal berjaya.

“Minggu pertama selepas kedua ibu bapa saya pulang ke Malaysia, memang saya tidak dapat membendung kerinduan pada mereka. Tetapi kesibukan kerja sedikit sebanyak meleraikan kerinduan itu.

“Minggu pertama selepas kedua ibu bapa saya pulang ke Malaysia, memang saya tidak dapat membendung kerinduan pada mereka. Tetapi kesibukan kerja sedikit sebanyak meleraikan kerinduan itu.

“Mereka menemani saya ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada Mac lalu. Mereka sengaja mahu melihat dan mengenali pihak pengurusan saya di sana. Selepas mengenali dan berasakan semuanya okay, barulah kedua ibu bapa saya pulang. Lagipun mereka berasa selamat kerana sepupu saya Wawa menemani saya sepanjang berada di sana,” katanya yang hadir memenuhi sesi fotografi disusun Akademi Industri Muzik (AIM), dua hari selepas pulang ke tanah air.

Masih lagi ‘jetlag’, gadis kelahiran Kedah ketika itu belum sempat berehat kerana pelbagai acara bersangkut paut dengan AIM. Walaupun kepenatan, Yuna yang mula mencuri hati peminat dengan lagu Dan Sebenarnya sanggup mengenepikan kepentingan diri kerana profesionalisme.

Malah Wawa yang turut bertindak sebagai pengurus, memberitahu selepas sesi fotografi bersama Hip, mereka akan bergegas mencari pakaian kerana baju untuk ke AIM masih belum sempat dicari walaupun sudah kesuntukan masa. Disebabkan kesibukan, mereka belum sempat berehat panjang kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

Kesibukan Yuna nyata berbaloi apabila malam AIM yang berlangsung awal Mei lalu memberikan kenangan manis kepada kerjaya seninya kerana membolot empat anugerah di AIM 17. Yuna meraih trofi untuk Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya. Selain itu, dia turut menggondol anugerah bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik berjudul Deeper Conversation.
Karier gadis berusia 23 tahun di tahun 2010 menunjukkan perkembangan cukup baik. Lembaran kerjayanya bermula sebagai artis indie, namun sejak memasuki aliran arus perdana tidak sampai setahun, kejayaan demi kejayaan dicapainya.
Terdahulu, Yuna meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke 24, Januari lalu menerusi lagu Dan Sebenarnya, diikuti anugerah Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

Secara jujur gadis manis ini memberitahu kejayaan tidak akan diraih tanpa adanya peminat, seandainya kerjaya di luar negara menunjukkan perkembangan baik, dia tidak sesekali akan melupakan peminat serta asal usulnya. Disebabkan peminat dia mendapat peluang melebarkan sayap ke luar negara.

“Saya masih memerlukan sokongan dari peminat di sini. Tanpa mereka tak mungkin saya dapat mengembangkan kerjaya sehingga ke Amerika Syarikat. Syarikat yang saya naungi di sana, Indie-Pop mengesan saya pun menerusi laman sosial MySpace kerana peminat banyak mendengar lagu saya di situ. Jika tidak, mungkin saya tidak mendapat peluang seperti ini.

“Ramai yang impikan peluang sebegini tetapi tidak kesampaian. Justeru apabila saya mendapat pelawaan dari sebuah syarikat dari luar negara, sukar untuk saya melepaskan tawaran itu. Pada mulanya terbit juga rasa bimbang, namun kesungguhan mereka terbang ke sini bertemu saya untuk berbincang membuahkan keyakinan yang mereka benar-benar serius ingin membantu kerjaya saya.

“Ketika kali pertama tiba di sana, terasa janggal juga kerana saya tidak pernah bekerja dengan orang luar. Bagaimanapun, mereka tidak memandang sinis biarpun saya bertudung. Mereka begitu menghormati saya dan kerja saya, mereka tidak pernah campur tangan dengan muzik saya.

“Syarikat pengurusan di sana memberi sepenuh kebebasan kepada saya untuk berkarya. Sesekali dengar juga pendapat mereka, cuma saya memastikan identiti muzik saya terus dikekalkan,” katanya.

Sedia bekerja di luar negara

Pemergiannya ke Amerika juga membolehkan Yuna terus berkarya. Kesibukan di tanah air menyebabkan kerja penghasilan lagunya tergendala, justeru pada peringkat awal ketika di sana, dia mengambil sedikit masa ‘memanaskan’ kembali skil berkarya.

Oleh kerana tidak terikat dengan sebarang komitmen lain, Yuna dapat menumpukan kembali perhatian kepada penulisan lagu.

Sepanjang hampir dua bulan di sana, banyak lagu dirakamkan. Hasil dari perbincangan, satu daripada lagu milik Yuna akan diperkenalkan di i-Tunes sebelum bertemu syarikat rakaman yang berminat untuk mengambilnya.

Bakal berada di tanah air sehingga Julai ini, sebelum berangkat pulang ke L.A, Yuna berharap dapat melancarkan album keduanya sebelum berlepas ke sana. Ketika L.A pada Mac lalu, dia sudah menyiapkan beberapa lagu. Lagu Cinta Sempurna sudah kerap disiarkan di corong radio. Pada Mei lalu lagu Gadis Masa pula menemui peminat dan pendengar.

Selain kembali ke tanah air bagi memenuhi undangan AIM, Yuna mengambil kesempatan itu untuk melunaskan pembikinan tiga lagu lagi bagi memastikan hasrat melancarkan album terbarunya tertunai.

Yuna juga memberitahu, jika mendapat peluang untuk terus bekerja di sana, dia tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian. Dia tidak menghadapi sebarang masalah bekerja di luar negara kerana mengakui semakin selesa dengan cara mereka. Cuma masalah yang dihadapi hanyalah mendapatkan makanan halal. Selalunya makanan berasaskan sayur-sayuran dan ikan saja menjadi pilihan Yuna bersama sepupunya.

Hanya sesekali mereka berpeluang menikmati daging dan ayam. Lucunya, apabila dapat menikmati daging, Yuna dan Wawa akan makan seperti tidak pernah menemui makanan itu. Mengambil langkah selamat, Yuna lebih selesa menikmati makanan yang dimasak saja.

1 comments:

NORAIN RAMLI / MEM AIEN 9 February 2011 at 22:07  

i really loooove yuna besh sungguh lagu die hooohooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP